Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
semua aspek perkembangan,menguasai kemahiran asas dan memupuk
Prasekolah Haji Hassan Itam dibuka pada 04.01.2004 dengan diberi nama Sri Wawasan.Kelas ini asalnya adalah bilik guru dan bilik muzik yang telah diubah suai menjadi kelas Prasekolah.Walaupun kelas ini baru dibuka namun sambutan para waris untuk menempatkan anak-anak mereka di Prasekolah ini cukup membanggakan dan ianya terhad hanya 25 orang sahaja dan dikendalikan oleh Puan Sopiah Bt Din.
Oleh kerana sambutan amat menggalakkan pada tahun 2006 kelas prasekolah telah ditambah satu kelas lagi dengan diberi nama kelas Prasekolah Gemilang dan dikendalikan oleh Pn.Siti Fatimah Bt Abd Samat.
Kebanyakan kanak-kanak yang belajar di Prasekolah ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam namun pada tahun 2006 seorang murid berbangsa India berpeluang belajar di prasekolah ini.
No comments:
Post a Comment