Thursday, May 6, 2010

Banjir Melanda lg...

Tanggal 02/05/10 banjir lg utk tahun 2010..dugaan...
















Wednesday, April 28, 2010

Persekitaran Prasekolah SKHHI 2010











Murid2 Prasekolah bg tahun 2010 & persekitaran Prasekolah....

Karnival Cerdas Minda Prasekolah Daerah Kota Setar 01 April 2010

Penyertaan Prasekolah SKHHI

1) Menyusun Jigsaw Puzzle - Naib Johan
2) Menjunjung Pundi Kacang - Johan
3) Tuju Tin - Naib Johan
4) Andaman Si Cilik - Johan

Tahniah Untuk Semua...










Lawatan Prasekolah 25 Mac 2010

Pusat Sains Negara, Cawangan Utara.





Muzium Padi





Lye Huat Garden
.










Muzium Padi

Sunday, November 15, 2009

Aktiviti Prasekolah 2009

Lawatan Murid Prasekolah Ke Zoo Taiping Perak Darul Ridzuan
17 Julai 2009





Info Prasekolah

Falsafah Pendidikan
Pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan
dan berketrampilan,berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Matlamat Pendidikan Prasekolah
Pedidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam
semua aspek perkembangan,menguasai kemahiran asas dan memupuk
sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Sejarah Prasekolah SKHHI

Prasekolah Haji Hassan Itam dibuka pada 04.01.2004 dengan diberi nama Sri Wawasan.Kelas ini asalnya adalah bilik guru dan bilik muzik yang telah diubah suai menjadi kelas Prasekolah.Walaupun kelas ini baru dibuka namun sambutan para waris untuk menempatkan anak-anak mereka di Prasekolah ini cukup membanggakan dan ianya terhad hanya 25 orang sahaja dan dikendalikan oleh Puan Sopiah Bt Din.

Oleh kerana sambutan amat menggalakkan pada tahun 2006 kelas prasekolah telah ditambah satu kelas lagi dengan diberi nama kelas Prasekolah Gemilang dan dikendalikan oleh Pn.Siti Fatimah Bt Abd Samat.

Kebanyakan kanak-kanak yang belajar di Prasekolah ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam namun pada tahun 2006 seorang murid berbangsa India berpeluang belajar di prasekolah ini.

Pada tahun 2007 dan 2008 , permohonan kemasukan ke Prasekolah ini terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para waris sehingga permohonan melebihi 50 orang murid . AJK pemilihan terpaksa membuat saringan setiap borang yang diterima bagi memastikan hanya murid yang layak dan menepati syarat- syarat yang ditetapkan ditempatkan di kelas Prasekolah.

Prasekolah SKHHI

Selamat Datang Ke Prasekolah Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam